Monday, January 31, 2011

Bila Akal berbicara

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..



Akal : Assalamualaikum, sahabat.


Hati : Waalaikumussalam...


Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam...



Akal bertanya sekali lagi.


Akal : Apa khabar iman anda?


Hati : Kurang sihat mungkin.


Akal : Mengapa?


Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...


Akal : Dia yang mana, sahabatku?


Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..


Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.


Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.


Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.


Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.



Akal : Apa makna cinta?


Hati : Kasih dan sayang.


Akal : Bagiku cinta itu gila.


Hati : Mengapa pula?


Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?


Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.


Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?


Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.


Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.


Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?


Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan ALLAH.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?


Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?


Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..


Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...


Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!


Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambaNya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

dengarlah pesananku ini sahabat..



Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...



Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...

Namun,
Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.

Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."


Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."


" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."

Tuesday, January 25, 2011

persembahan untuk sahabat



Ya Allah..
kiranya ku buka mataku ini,
jadikan penglihatanku,
melihat kebesaranMu,
kiranya ku hirup segar udara pagiMu,
jadikan aku insan yang bersyukur,
dengan setiap sedutan nafasku..

Ya Allah..
kiranya ku hirup secawan teh,
jadikan rezekiku sumber hidupku,
kiranya ku langkah kakiku,
jadikan setiap langkahku,
langkah jihad padaMu..



Ya Alllah..
kiranya tanganku menadah,
biarlah ku tadah keampunanMu,
bukan mengharap rezekiMu,
datang bergolek,melayang jauh,
kerana..akan luruh setiap daging muka manusia,
kira hidupnya meminta-minta..

Ya Allah..
kiranya Rasul-Mu hidup bersahabat,
kurniakan jua aku sahabat,
tapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong,
yang membenarkanMu,
seperti kebenaran Assidiq,
biarlah sahabatku dari pintu-pintu ilmu-Mu,
seperti Ali,pintu ilmu kekasihMu,
berilah sahabat dari kemuliaan Khadijah,
yang Kau cipta sebagai pendamping kekasihMu..



Ya Allah..
kiranya semua itu tidak layak buatku,
aku tetap bersyukur,
diprtemukan sahabat,
seperti insan yang menatap lembaran ini,
mungkin padanya ada segalanya,
yang tak pernah aku cuba selongkari..
mungkin padanya letaknya apa yang aku,
impikan...

Monday, January 24, 2011

ukhuwwahfillah

Wish for Hana comel...

* Thanks for everything...
* Jangan lupa aku ye... Forget me not...
* Semoga berjaya dalam exam nanti...
* Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
*Love you forever...

Sahabatmu,
Mardhiyyah




Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini.


Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar.

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah.

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "

" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. "

Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?" Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? "




Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.



Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan.


" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan.



" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana.



" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. "



Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;



" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "



Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. "

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya.

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.


Doa dari seorang sahabat:


Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...



Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya.

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "

Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk.

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening.

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.

" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang.

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya.

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah.

" Insya Allah, Mardhiyyah. "

***

" Mama! "

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu.

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana.

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.



Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.


Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.



Sunday, January 16, 2011

aku sekarang....



hai, nama aku roy(bukan nama dalam ic mahupun surat beranak)

ada satu cerita aku nak kongsi,

siapa aku? aku adalah..

sebatang pen. haha

takde lah, sekarang aku dah dewasa,

dah lama tinggal buku sekolah,

tak kan nak cerita pasal pen pulak,

aku sekarang kerja apa?

tanam anggur ajela,

kat Malaysia tanah airku,

tanah tumpahnya darahku,

ewahh, macam pejunag negara pulak aku rasa,

dah-dah panjang plak aku merepek,

dah takde kerja nak buat,

malam-malam kerja aku berlumba la,

apa lagi, jiwa remaja beb,

mana boleh tahan bawak motor slow2,

berapi je darah bila orang potong motor kacak aku,

tambah-tambah awek beb!

dulu, aku ada kaki

panjang sihat boleh jalan sana sini,

malah boleh berlari,

aku kesana kemari,

lepak sampai2 -3 pagi,syok habisss!!

dulu aku ada tangan boleh menunjuk itu ini,

boleh arah ke kanan ke kiri,

biasala, dunia dihujung jari, hahahaha.

dulu aku ada mata,

boleh tengok awek2 lalu lalang,

mana lawa aku ayat,tak kan nk biar camtu aje,

time 2 dah start tumbuh tanduk aku,

tapi sayang seribu kali sayang,


ku sangka panas hinnga ke petang,

rupanya hujan di tengah hari

semua kenikmatan tu dah lenyap,

lepas kemalangan yang memang teruk gua ckp lu,

cuma tinggal tak mati aje,

aku dpt rumah baru,

bukan kubor ok? hospital k!!

lepas aku tau aku tak boleh melihat,

tak boleh berjalan lagi,

rasa macam nak bunuh diri, mujur ada sorang member bagi semangat

satu-satunya membe yang setia,

walaupun dulu selalu kena buli,

sekarang baru aku tahu siapa penawar siapa racun,

untuk aku terus kuat, mamat ni muka memang suci,

tapi muka aku lagi suci (errr, betul ke??)

awek2 kat luar kalau berkenan di hati, sorry seribu kali sorry

mamat ni confirm tak layan punya sebab dah nk ada bini,



dia bukan macam aku, layan pompuan sana sini

AKU RASA TAK LAMA KAT SINI,

AKU RASA NAK SOLAT KINI,

TAPI TAK MAMPU BUAT MACAM ORANG


SIHAT LAGI,

DULU ADA PELUANG MENGHAMBA DIRI,

PADA TUAN PUNYA BUMI,

TAPI APA AKU CAKAP? " KEJAP LAGI"

TAUBAT TUNGGU BILA DAH


TAK ADA GIGI,

NAK TUNAIKAN JANGAN MIMPI!!

KINI SEMUA NIKMAT TAK BERFUNGSI


LAGI,

AKU PUN TAK SANGKA JADI BEGINI,

SEBENTAR LAGI MUNGKIN


DIJEMPUT ILAHI

AMPUN TUHAN....

JANGAN AMBIL AKU LAGI.............................................................................................................
T.T









Friday, January 14, 2011

cermin tak pernah menipu..

Tatkala kudatangi sebuah cermin,
Tampak susuk tubuh yang sudah lama kukenali,
Namun ANEH,
Sesungguhnya aku belum
mengenal siapa yang kulihat.



...
Tatkala kutatap wajah itu ,hatiku bertanya
apakah wajah ini yang kelak kan bercahaya,
bersinar indah di syurga sana?



Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka Jahanam??

Tatkala kutatap mataku,galau hatiku bertanya...
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan
menatap Allah,menatap Rasulullah...
menatap kekasih Allah kelak??



Ataukah mata ini yang akan terbeliak.melutut,menganga terburai
menatap neraka jahanam...

Wahai mata,apa gerangan yang kau tatap selama ini??

Tatkala kutatap mulut,apakah mulut ini yang akan
mendesah penuh kerinduan mengucap LAAILAHA ILLALLAH
saat malaikat maut datang menjemput...



ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah terjelir dengan
lengking jeritan pilu, yang akan menggugah sendi-sendi setiap pendengar,
ataukah menjadi mulut pemakan buah zaqqum Jahanam, yang getir menghunus penghancur usus...

Apa yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?!
Berapa banyak hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam,
berapa banyak kata-kata yang manis semanis madu yang engkau ucapkan untuk menipu...?
BERAPA BANYAK PUJIAN TELAH KAU LONTARKAN PADA MANUSIA??
bukankah kau tahu pujian itu milik mutlak ALLAH SWT????

Betapa jarang engkau jujur,
betapa langkanya engkau menyebut nama Tuhanmu dengan tulus
betapa jarangnya engkau syahdu memohon agar Tuhanmu mengampuni segala dosa yang telah kau perbuat?!

Tatkala kutatap tubuhku,apakah tubuh ini
yang kelak kan penuh cahaya,bersinar,bersukacita,bercengkerama di syurga sana?



Ataukah tubuh yang akan tercabuk-cabuk hancur mendidih di dalam lahar membara Jahanam,
terpasung tanpa ampun,derita yang takkan pernah berakhir...

Wahai tubuh,
berapa banyak maksiat yang engkau lakukan...?
berapa banyak orang yang engkau dzalimi dengan tubuhmu...?
berapa banyak hambamu hamba-hamba Allah yang lemah
yang engkau tindas dengan kekuatanmu?!

Wahai tubuh,
seperti apakah isi gerangan hatimu?
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu,
atau sebagus daki yang melekat ditubuhmu?
Apakah hatimu seindah penampilanmu
atau sebusuk kotoranmu?!

Betapa berbeza,
apa yang nampak dalam cermin dengan apa yang tersembunyi...
Betapa aku telah tertipu...
Aku tertipu oleh topeng...
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng,
betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng,
betapa yang indah ternyata hanyalah memuji topeng...

Sedangkan aku,
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus...
Aku tertipu...
Aku malu...
Aku tertipu ya Allah...
Allah...! Selamatkanlah aku...



Monday, January 10, 2011

maafkan saya awak... maaf



Awak
Harini baju awak kotor,
Dengar cite awk jatoh longkang tadi
kawan2 saya pon geli tgk,
Tp saya tak geli pon.

awak tetap ayu macam tu,
astaghfirullah, kenapa dengan saya ni.

Hari Ni Awak Senyum Kat Saya
Tapi Saya Buat-Buat Tak Nampak
Saya betul2 malu nak senyum kat awak
Awak Hari ni Awak Datang Masjid

nak solat berjemaah la kan?
tak kan nak pergi shopping pulak
Bohong la kalau saya tak Nampak

awak sorang je pakai baju merah masa tu,
awak macam nak pergi kenduri pulak ye??
Punyalah besar jalan nak masuk masjid ni
Betul-betul depan saya jugak awak nak lalu
Tapi Saya Buat slumber je
Padahal rasa cam nk jatuh longkang je
(saya kan berdiri tepi longkang time 2)
Awak sengaja jatuhkan kerongsang nk suruh saya kutip,,
Tapi sy blah cam2 aje,,

maaf, masa tu orang dah iqamah,,
jadi saya tak dapat tolong.
Macam mana entah kerongsang 2 boleh jatuh,
Rasanya susah dia nk jatuh kalau tidak tuannya sengaja buka
Hari Ni Saya berani sikit wak,
Saya Senyum Kat Awak
Tapi kan, awak tak Nampak saya
Sbb rasa awak macam 10 km je dari saya,,haha
Makcik café yg senyum balik kat saya
Takpalah sekurang2nya ada jugak orang nk balas senyuman saya
Hari Ni Awak Tegur Saya
Tapi Saya Buat fake call
Padahal takda orang call sy pon masa 2,,
Saja bajet busy
sebenarnya takot terlalai bila dah start sembang ngan awak,,
lagipun takda mahram awak masa 2, takut saya.
ye la encik Iblis kan bijak..
sejak dari hari tu awak macam dah menjauhkan diri
mungkin awak sedar saya nak jauhkan diri, syukurlah
Dah lama tak Nampak awak,,
Hari ni saya Nampak awak,
Dengan si dia, pegang2 tangan,
Peluk2 dh macam suami isteri pulak!
Berapi2 jantung ni,, cemburu? Atau benci tgk maksiat?
Entahla, saya pun tak pasti,
Tp awak sempat pandang saya walaupun si dia disisi,
Saja nak tayang kekash awk kat saya? Apa saya kesah?
Bunga bukan sekuntum,,
Betul ke sy tak kesah? Huhuhuhu,,,,,
Awk tahu tak kenapa saya buat macam ni?
Awak ingat saya patung? Gay?
Takda perasaan,takda hati nak bercinta?
Pada saya biarlah cinta saya pada yang selayaknya yakni
Seorang insan yang telah saya nikahi
Dengan ini, sejuta kemaafan saya pohon kerana
Tak pernah luah perasaan saya
Belum masanya, kembara ilmu saya masih panjang,,
bukan saya tak gentle,
sebab sy gentle la sy buat mcm ni,
sbb tak nak awak terleka dengan perasaan tanpa ikatan,
bukan saya penakut,
jsteru saya beranilah saya tak pernah nak melayan awak,
takut sama-sama kita terhumban dalam neraka.
kalau boleh nak sama-sama masuk syurga dengan awak,

awak jadi bidadari saya,
kita bahagia selama-lamanya,
walaupun saya tahu saya tak layak, huhu
awak,
kalau ada jodoh,dengan izin ALLAH,
memang saya tak kan tolak awak,
sebab...
kalau saya tolak,
confirm awak jatuh longkang,haha
eh takdela,,,
saya tak kan tolak sebabb,
SAYA PUN SUKA AWAK.. ;p
panjang dah saya tulis ni,
dah nak abis dakwat pen saya,
semua sebab awak la ni,
saya pos surat ni kat dalam poket saya aje ye?
untuk tatapan habuk kat dalam poket saya ni,



pesanan terakhir saya
buat saya dan awak:
“BERILAH HATIMU SEPENUHNYA PADA ALLAH PASTI ALLAH TEMUKANMU DENGAN PEMILIK TERINDAH”
sekian, wassalam

++ Followers ++

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...