Sunday, April 29, 2012

usah ditangisi



usah ditangisi apa jua yang terencana
kerana Tuhan lebih tahu segalanya
biar seperit mana datangnya ujian yang menduga
biar sesakit mana tibanya dugaan yang menimpa
yakinilah
di hujung perjalanan penuh suram ini
bakal menyinar cahaya abadi...

jangan ditangisi andai esok aku tiada
jangan diratapi jika lusa dunia tidak lagi sama
segalanya telah diaturkan
sempurna dan tiada celanya

apa yang tinggal mungkin
cuma kenangan semalam
tawa yang pernah menjadi pelita
senyum yang pernah menyembuh derita
kasih yang pernah menghilang lara

doakanlah sebuah pemergian
ketemu sinar di hujung perjalanan
jangan diratapi sepanjang kehidupan
andai esok tiba dengan tangisan
tidak seperti yang kita impikan...


Sunday, March 18, 2012

Jangan sesekali kamu..



Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu
"tidak bersedia untuk mencintainya"

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


akhir kalam,
"Usah bermain rasa jika hanya menduga
Nanti tersentuh hati pedih menyeksa diri"

Wednesday, January 4, 2012

syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis



Apabila tiba
saat Tuhanku berkata padaku:


Tidakkah engkau
malu melakukan maksiat kepadaku?
Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku
sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?

Maka
bagaimanakah aku boleh menjawabnya
dan siapalah yang boleh mempertahanku?
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku
dengan harapan-harapan dari detik ke detik

Sedangkan aku
lupa apa yang berlaku selepas kematian,
apalah yang cukup untukku
Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin
akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

Jika tibalah saat sakit kematian
siapalah yang boleh menahannya dariku?
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku
adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?

Aku bakal
ditanya apalah yang telah aku persembahkah di duniaku dahulu yang
boleh menyelamatkan daku
Bagaimanalah jawapanku setelah mana aku
mengabaikan urusan agamaku?

Oh! Kesalnya,
apakah aku tidak pernah mendengar kalam Allah yang menyeruku?
Apakah aku tidak pernah mendengar

kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin

Apakah aku
tidak pernah mendengar tentang
hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.

Tidak pernahkah
aku mendengar penyeru kematian yang
mengajakku dan memanggilku?

Wahai Tuhanku,
inilah seorang hamba yang kembali,
siapalah yang sanggup menerimanya?
Kecuali Tuhan
yang Maha Pengampun, yang Maha Kaya,
Yang sentiasa
memberiku pedoman ke jalan kebenaran.

Aku
mendatangiMu... maka kasihanilah daku
Dan beratkanlah neraca timbanganku
Ringankalah pembalasanku

kerana Engkau sahajalah
paling diharap kebaikannya
apabila melakukan pembalasan.....




++ Followers ++

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...