Friday, April 8, 2011

Jangan Merajuk Wahai Dai'e


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.


Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan. Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya Begitulah Kisah seorang Nabi Diuji Allah begitu sekali Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi.


Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya." (Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa' :87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" (Ali-`Imran: 139)


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.


menunggu........



Menunggu... Hanya sedikit yang menganggapnya sebagai hal yang 'istimewa'. Dan bagiku, menunggu adalah istimewa kerana banyak manfaat yang boleh dikerjakan dan yang diperoleh hasil daripada menunggu. Membaca, menulis, diskusi ringan, atau hal lain yang bermanfaat. Menunggu boleh juga dimanfaatkan untuk mengagungkanNya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat menunggu, atau sekadar merenung kembali hal yang telah dilewati. Tapi bukan bererti melamun sampai berkhayal dengan fikiran kosong kerana hal yang sedemikian itu sangatlah berbahaya, mampu mengundang makhluk dari 'dunia lain' masuk ke dalam jiwa.Banyak hal lain yang mampu kau lakukan saat menunggu Percayalah bahawa tak selamanya bersendirian itu pedih Pada masa penantian, kita sebenarnya harus lebih produktif Walaupun waktu kita masih banyak terluang Belum terikat dengan kehidupan rumah tangga Tapi waktu untuk kita membantu ummat harus lebih banyak Kerana permasalahan ummat saat ini pun semakin banyak Persoalan yang mendera bangsa ini kian banyak dan kian rumit



Ukhtiku... Di mana pun engkau sekarang, janganlah gundah, janganlah gelisah Telah kulihat warkahmu dan aku mengerti, Kerana jalan ini masih panjang Banyak hal yang menghadang Hatiku pun melagu dalam nada angan Seolah sedetik tiada tersisakan Resah hati tak mampu kuhindarkan Tentang sekelibat bayang, tentang sepenggal masa depan Terkikis dari panjang jalan perjuangan, hanya kerana sebuah kegelisahan Lebih baik mempersiapkan diri sebelum mengambil keputusan Keputusan besar untuk datang kepadamu Ukhtiku... Jangan menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu Percayalah padaNya, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya liku hidup yang pasti berakhir Yakinlah...saat itu pastikan tiba Tak usah kau risau kerana makin memudarnya kecantikanmu Kerana kecantikan hati dan iman yang dicari Tak usah kau resah kerana makin hilangnya aura keindahan luarmu Kerana aura keimananlah yang utama Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga, merasuk dan menembus relung jiwa Wahai perhiasan terindah... Hidupmu jangan kau pertaruhkan, hanya kerana kau lelah menunggu. Apalagi hanya demi sebuah pernikahan. Kerana pernikahan tak dibangun dalam sesaat, tapi ia mampu hancur dalam sedetik. Seperti Kota Iraq yang dibangun berpuluh tahun, tapi hancur dalam waktu sekian hari



Jangan pernah merasa, hidup ini tak adil Kita tak akan pernah mampu mendapatkan semua yang kita inginkan dalam hidup Pasrahkan keinginanmu sedalam qalbu, pada tahajjud malammu Bariskan harapmu sepenuh rindumu, pada istikharah di solat malammu Pulanglah padaNya, ke dalam pelukanNya Jika memang kau tak sempat bertemu diriku, sungguh...itu kerana dirimu begitu mulia, begitu suci Dan kau terpilih menjadi Ainul Mardhiyah di syurgaNya



Ukhtiku... Perancangan Allah adalah yang terbaik Dan itu pula yang telah direncanakan untuk kita Kerana Dia sedang mempersiapkan kita untuk lebih matang, meredah hari esok seperti yang kita harapkan Untuk kembali membangunkan peradaban hidup Ukhtiku... Apa khabar kau disana? Tetap bertahanlah kau disana... Bila waktu itu telah tiba, kenakanlah mahkota itu, kenakanlah baju indah itu... Masih banyak yang harus kucari, untuk bahagiakan hidup kita nanti... Ukhtiku... Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera, kutahan derita malam ini sambil menghitung bintang Cinta membuat hati terasa terpotong-potong Jika di sana ada bintang yang menghilang, mataku ligat mencari bintang yang datang Ku mulai hariku dengan tasbih, tahmid dan selawat Dan mendoakanmu agar kau selalu sihat, bahagia, dan mendapat yang terbaik dariNya Dengan mengikuti jejak-jejak hatimu, ada erti ku telusuri hidup ini Ukhtiku... Saat ini ku hanya bisa mengagumimu, Dan tetaplah berharap, terus berharap Jangan pernah berhenti berharap, Kerana sebuah harapanlah yang membuatkan kita tetap hidup Hanya kepadaNya aku memohon Telah lama kupanjatkan hajat hati Meski sulit, harus kudapatkan Jika tidak kudapat di dunia... Kan kukejar sang Ainul Mardhiyah yang menanti di syurga Waktu pun terus berlalu dan aku kian mengerti... Apa yang akan ku hadapi Dan apa yang harus kucari dalam hidup Kurangkai sebuah tulisan sederhana ini, untuk dirimu yang bijaksana Aku goreskan syair sederhana ini, untuk dirimu yang sentiasa dalam doaku Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagiku dan bagimu.


Tuesday, April 5, 2011

surat untuk jiwa

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika nama Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain. Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu " Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalumenemani di kala hati "lelah" ..

Thursday, March 24, 2011

SIAPA AKU???

(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
beliau dibunuh oleh rejim zionis melalui tembakan dari helikopter



Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948,
familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa,
aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan
...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983,aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

diriku sebenarnya....


Diriku sebenarnya... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram...~
Diriku sebenarnya... lebih membesarkan hari sabtu dan ahad,daripada hari jumaat.~
Diriku sebernanya... lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.~
Diriku sebenarnya... lebih suka tidur dan tengok tv daripada solat.~
Diriku sebernanya... lebih suka menyebut hello! daripada menyebut Assalamualaikum.~
Diriku sebenarnya... lebih suka memuji manusia daripada memuji Dia.~
Diriku sebenarnya... lebih suka membaca manga daripada buku agama.~
Diriku sebenarnya... lebih suka mengata akan keburukan orang daripada memujinya.~
Diriku sebenarnya... lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.~

Tetapi bila orang tanya arah tujuan diriku, pasti akan ku jawab.....
AKU SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka.
Layakkah aku dengan syurgaNya....
Ampunkan daku,ya Allah.....



++ Followers ++

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...